//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. replace your own image :D


Bigfoots!

Welcome to Aqilah Masri's official blogspot :D


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Syahida Jmldn
Others:   


lailatul qadar ;')

Assalamualaikum,


Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr.  Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?  Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.”  (Surah al-Qadr: 1-3)
Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

Sunat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.”  (HR Bukhari & Muslim)

Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.
Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.
Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”
Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah.  Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.

Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:  “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?”  Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Katakanlah: 
“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”


pejam celik pejam celik dah sepuluh malam terakhir kita berada dalam bulan ramadhan, amacam ada buat qiam tak? mesti ada kannn eh qiam bukan bila bulan ramadhan je lepas bulan ni pun kita boleh teruskan kita bermunajat kepada Allah muhasabah diri kita , minta lah kepada Allah sesungguhnya Allah akan makbulkan prmintaan hamba-NYA cuma lambat cepat je bergantung dengan usaha kita lah Allah berfirman : ' Allah takkan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya'' betul tak selalu dengar kan? Jadi marilahh bermohon kepada Allah lagipun bulan ramadhan kan bulan yang dimuliakan oleh Allah kerana pada bulan ini syaitan diikat , tetapi ada satu je yang terlepas iaitu nafsu , kenapa dalam bilan ramadhan ni orang selalu kata syitan kene ikat tapi ada je manusia yang berbuat maksiat itu berdasarkan amalan dia sebelum puasa , kalau nak kenal diri kita macammana tengoklah diri kita masa bulan ramadhan ni kalau baik baiklah alhamdulillah kalau sebaliknya sumthing wrong at somewhere la tu tepuk dada tanya iman . bak kata orang bulan ramdhan ni bukan Pesta juadah tapi pesta Beribadah , one more thing Jadilah hamba ALLAH bukan hamba kepada bulan ramdhan , bukan hamba kepada malam lailatul qadar dan sepuluh malam terakhir , Renung-renungkan selamat beramal :'D

Seterusnyaa , mari kita kongsi tentang tadarus Alquran pulak , korang ada buat tak? kat sekolahsekolah ke surausurau ke kann. sapa orang kuat masjid angkat tangan , hee Alhamdulillah dah juzu' keberapa dah dalam bulan puasa ni eh bulan ramadhan laa , tadarus bagi aku ialah bace al-quran dalam kumpulan tadarus ni baguslahh dia macam boleh mengawal dan membetulkan kita kalau ada salah baca , macam mana tu ? ha itulah gunanyaa baca berkumpulan sebab setiap seorang akan baca dan yang lain tu buat apa tido ? eh takdelah orang lain tu bertanggungjawab mendengar menyemak menegur seterusnya membetulkan nahh itulah tanggungjawabnya , berat taw kalau tak amik peduli memang laah jadi jangan anggap benda tu perkara remah bak kate orang kalau benda tu kita ambil berat dia jadi ringan kalau kita tak amik berat benda tu jadi berat. so ingatlaahhh , biar Al-quran ada dalam hati kita macam dalam gamba tu :')